Klinik Aafiyah menyediakan perkhidmatan suntikan vaksin Umrah & Haji di Kulim, Kedah bagi memastikan bakal jemaah memenuhi keperluan kesihatan sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Vaksinasi pencegahan seperti Meningokokus dan Influenza disyorkan untuk perlindungan optimum semasa ibadah. Di Klinik Aafiyah, doktor kami akan memberikan panduan lengkap mengenai jadual suntikan serta merekodkan pemvaksinan dalam buku/kad rekod kesihatan anda.
Sebelum suntikan diberikan, doktor akan melakukan saringan kesihatan ringkas untuk memastikan anda sihat dan sesuai menerima vaksin. Sebarang sejarah alahan atau penyakit sedia ada akan dinilai terlebih dahulu.
Kunjungi mana-mana 4 cawangan Klinik Aafiyah di Kulim atau hubungi kami melalui WhatsApp untuk menyemak stok vaksin dan mengatur slot temujanji anda.
Sebaik-baiknya diambil sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu sebelum tarikh penerbangan bagi memberi masa badan membina antibodi.
Sila bawa kad pengenalan (IC) dan buku/rekod pemvaksinan sedia ada jika ada.
Ya, suntikan boleh didapati di cawangan Bukit Awi, Hi-Tech, Sg Kob, dan MBI Desaku. Sila semak ketersediaan stok via WhatsApp.
Pilih masa & tarikh untuk dapatkan perkhidmatan Suntikan Vaksin Umrah & Haji di Klinik Aafiyah.
Akses kesihatan yang mudah buat seluruh komuniti di Kulim.
Jangan biarkan masalah kesihatan berlarutan. Klinik Aafiyah dibuka setiap hari sehingga jam 11.00 malam di semua 4 cawangan kami. Walk-in dialu-alukan, atau tempah slot awal untuk keselesaan anda.
Pilih cawangan terdekat anda.